Thursday, February 27, 2014

CHICKEN CHOP dengan BLACK PEPPER MUSHROOM SAUCE - sangat2 mudah :)

Hari sabtu minggu lepas,keluarga abangku dtg tidur rumah mak ayah (sayakan stay ngn mak ayah lagi bt sementara sblm aku msuk rumah baru bulan depan)..Saya dan kak aishah(kak iparku) tgh dok masak untuk lunch,kebetulan mak ada kerja jd mak lepaskan tanggungjawab masak menu lunch kat kami berdua..Abang ditugaskan jaga adli dan nuha..Ok sambung balik,masa kami tgh masak kak aishah cadang nak bt chicken chop utk mkn malam ni (rajin kan kak ipaqku ni) alasan dia sbb dia terpandang tepung serbaguna yg mak selalu guna utk goreng apa2 saja..Ini tepung nya,semalam 26hb balik sg buloh beli sebungkus utk famili kat sana.

Petang tu dlm kul 3 lebih kami pergi Tesco beli kelegkap utk bt menu yg di cadangkan,saya dgn adli ikut je..
Balik tu solat asar dulu baru siapkan apa yg ptt nak peram ke nak apa ke kan ok ni bahan2 dan cara2 utk chicken chop dengan black pepper mushroom sauce

Bahan-bahan:
-kentang goreng
-minyak utk menggoreng
-tepung serbaguna bestari (pedas)/tepung serbaguna adabi
-satu tin baked beans
-1biji bawang besar

UNTUK PERAPAN AYAM
-11 ketul dada ayam
-11 ulas bawang putih
-sos tiram

SOS BLACK PAPPER MUSHROOM
-satu tin sup cendawan campbell
-satu tin cendawan butang
-sos lada hitam

SALAD COSLOW
-kubis
-lobak merah
-mayonis sebenar lady's choice

Cara-cara:
Kita buat COSLOW dulu sbb coslow ni kena simpan dlm peti sejuk mkn sejuk2 baru sedap..Hiris halus2 kubis dan lobak merah,dlm magkuk yg besar kedua2 sayur yg dihiris halus tu dicampur dan gaulkan dengan mayonis,jgn bnyak sgt letak agak lah kan. Sambil2 tu kak aishah siapkan bahan utama iaitu ayam.

Untuk PERAPAN AYAM, kak aishah tumbuk bawang putih tak perlu lah lumat sgt sedang2 je, bersihkan ayam kemudian lumurkan sos tiram dan bawang putih yg telah di tumbuk tadi. Pastikan semua bahagian ayam kena ok!. Simpan dan sejukkan dlm peti sejuk.

Seterusnya SOS pula, bersihkan cendawan butang hiriskan. Masak setengah tin sup cendawan, lagi setengah simpan utk sarapan esok huhuhu kemudian isi air sedikit jgn bnyak sgt dan letakkan sos lada hitam agak2 lah sampai sup tu bertukar dr putih ke brown sambil di kacau..Sentiasa di kacau dan masukkan cendawan yg telah dihiris tadi,kacau dan rasa kalau agak2 dh ok,dah cukup rasa lada semua dah boleh tutup api dan ketepikan.

Tuang minyak dalam kuali utk goreng kentang. Selesai goreng kentang, goreng ayam pulak,kalau sapa2 ada dua kuali boleh la buat serentak ( ini kes nak jimat minyak ok ).Tuang seberapa banyak tepung serbaguna kedalam pinggan yang leper,letak seketul ayam diatas pinggan tepung,salut keseluruhan bahagian ayam tersebut dan masukkan kedalam kuali dgn minyak yg panas,biarkan api sederhana. Terbalik p terbalik mai agak2 dah masak boleh angkat.

Sambil2 tu hiris bawang besar(saiz sedang2) tumis bawang yg dihir tadi,dh agak2 bwang tu layu masukkan kacang merah dlm tin tu ok gaul mesra,tutup api dan angkat sedia untuk dihidang.

Okey semua dah masak..Time makan lepas solat maghrib



Ini lah hasilnya,nak dekat2 waktu hidang tu panaskan semula sos chicken chop tadi dan boleh lah deko ikut citarasa masing2.Mudahkan nak cari bahan buat chicken chop ni jadi aku dedikasikan (cewahhh) resipi ni untuk kawan baik ku Syafikah @ fie..Selamat mencuba dan menjamu selera :) Terima kasih kak aishah untuk menu mkn malam ni




No comments:

Post a Comment