Sunday, August 10, 2014


JAMUAN RAYA DAN JAMUAN HARI LAHIR 

Alhamdulillah berpeluang juga utk meng'update' blog setelah sekian lama diabaikan. Sekarang kita berada di bulan Syawal dan semestinya banyak jemputan open house yang diterima kan?. Tapi saya tidak berpeluang lagi utk memenuhi jemputan open house disebabkan Adli baru baik dr demam,batuk,selsema. Adli tak sihat ni rasanya nak boleh cakap kot sebab lepas baik dari demam apa yang Adli cakap boleh faham sikit-sikit hihihihi (org tua2 sll kata xsihat ni nak boleh bt apa2 ni). Sebelum berceloteh panjang, disini saya ingin memohon maaf zahir dan batin kepada kawan2 andai terkasar bahasa 



Tahun ni giliran raya di Penang,kampung mak ayah saya,raya ke-2 baru balik Sg Buloh kg suami. Balik Sg Buloh sampai raya ke-5 pastu raya ke-6 suami dh kerja kembali. Bawah ni beberapa keping gambar beraya di Sg Buloh


Saya terima tempahan kek hari lahir untuk rakan sekerja suami dan suami minta buatkan kuah kacang sebab depa nak buat jamuan hari raya sekali,10/8/2014(raya ke-11 kot). Suami minta tolong staff Nepal yg kerja kat MELATI ambilkan daun nyoiq utk dianyam buat ketupat nasi. Saya pesan nnt jangan lupa bg sikit dekat Santa(staff Nepal tu) ketupat nasi+kuah kacang. Terima kasih kakak, atas resepi kuah kacang tu.

Suami dgn kawan2 nak kan kek coklat moist utk kek hari lahir tu, bila dok google ni saya kata kat suami kita buat kek span pastu buat buttercream,suami kata "okey boleh janji kek coklat". Tapi sebelum beberapa jam nak buat kek tangan ni gatai p google lagi konon2 nak buat kelainan la dan terhasil lah kek kukus lapis coklat utk birthday cake (deco bg nampak mcm kek besday la kan)

Resipi kek kukus lapis coklat ini terhasil dr blog akak yatie dan nak tau resipi kek ni? klik kat SINI dan dh kek dh siap,saya hanya buat topping coklat ganache simple untuk cover kek bagi nampak sama seperti birthday cake kat kedai2 kek. 


KEK LAPIS COKLAT SNOW

Rupa kek ini tidak lah seperti kek yang dia buat oleh chef2 pastri okey. Ini hanya lah kek yang di deco oleh suri rumah yang buat part time niaga kek sj. Akan usahakan apa saja permintaan kek yang pelanggan2 nak. Tak lama lagi suri rumah ni akan sibuk untuk hadir ke kelas kek dan roti untuk mengemaskan diri dalam bisnes pastri ni (cewah). Yang bestnya kawan2 opis suami kata kek ni sedap (Alhamdulillah)

Friday, April 4, 2014

TEMPAHAN KEK COKLAT MOIST MINI (SAIZ S) - BULAN APRIL

3/4/2014



50biji kek coklat moist mini (saiz s) di tempah oleh kak Zehan untuk hari lahir anaknya Firas yg ke-4. Siap di hantar ke Bertam Kepala Batas. Selamat Hari Lahir Firas moga jadi ank yg soleh

5/4/2014


20 biji kek coklat moist mini (saiz s) tempahan oleh Kak Jas untuk kenduri tahlil dan doa selamat  

16/4/2014

20 biji kek coklat moist mini (saiz s) untuk SK Bagan Ajam dan 4 biji kek coklat moist (saiz L) untuk kak Is kawan suami d tempat kerja.

17/4/2014



120 biji kek coklat moist mini (saiz S) untuk SK Bagan Ajam lagi..



Thursday, March 13, 2014

MANGO POUNDCAKE 

Sebelum nak mulakan bicara kali ni,marilah sama2 kita doakan untuk pesawat MH370 semoga pencarian dimudahkan oleh-Nya dan segala misteri dan spekulasi terungkai.

Kali ni nak cerita mengenai poundcake. Adunannya yang sangat senang dan mudah untuk disediakan. Masa dok search pasal kek di myresipi.com terjumpa resipi poundcake ni ini tuan punya resipi mango poundcake terima kasih tuan resipi dh jadi bisnes skrg ni. Save dulu lama kemudian baru bt tp tak guna mango pon guna strawberry je dan sekarang baru bt yg betul ikut pada resipi tp aimi xguna mango tin tau,dah jumpa yg fresh guna yang fresh la lagi sedap kan2 hihihihi

OTW dari sungai buloh nak balik ke penang baru ni singgah rehat kat hentian sungai perak,sempat jugak la beli mangga manis katanya dlm kepala ni dh fikir mcm2 ni,ni boleh bt kek ni mesti sedap hihihi..
Sampai rumah,esoknya operasi membelah mangga yg telah di beli uihhhh mmg manis..

Petang tu teruih siapkan bahan2 untuk poundcake..

Bahan-bahan:
(yg aimi bt ni aimi double kn)
100gm butter (tanpa garam) - dibiarkan dalam suhu bilik
100gm gula kastor
120gm tepung gandum + 1/2 sudu teh baking powder (diayak)
2 biji telur suhu bilik
sebiji mangga -atau apa-apa shj buah ikut selera (cth:strawberry,chip coklat,pisang dll)


tengok tu aimi xguna pn non salt butter huhuhu xikut resipi (pakai apa yg ada dlm es box je)

 Cara-cara:
1. Pukul butter hingga kembang kemudian masukkan gula kastor, pukul sampai menjadi seakan2 putih
2. Dalam mangkuk lain pukul telur sedikit, telur yang telah dipukul tadi masukkan ke dalam (1)
3. Dengan menggunakan senduk kayu/spatula masukkan bahan yang telah diayak dan gaul sebati
4. Kemudian masukkan mangga yang telah di potong dadu sambil di gaul mesra.
5. Acuan di sapu dengan minyak/mentega. Tuangkan adunan,ratakannya.
6. Bakar dlm oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu. Bakar pada suhu 170c selama 40 minit atau hingga masak. Cucuk dengan lidi untuk pastikan kek masak

Ini rupa kek yang telah siap di masak. Selamat mencuba :)

Thursday, February 27, 2014

CHICKEN CHOP dengan BLACK PEPPER MUSHROOM SAUCE - sangat2 mudah :)

Hari sabtu minggu lepas,keluarga abangku dtg tidur rumah mak ayah (sayakan stay ngn mak ayah lagi bt sementara sblm aku msuk rumah baru bulan depan)..Saya dan kak aishah(kak iparku) tgh dok masak untuk lunch,kebetulan mak ada kerja jd mak lepaskan tanggungjawab masak menu lunch kat kami berdua..Abang ditugaskan jaga adli dan nuha..Ok sambung balik,masa kami tgh masak kak aishah cadang nak bt chicken chop utk mkn malam ni (rajin kan kak ipaqku ni) alasan dia sbb dia terpandang tepung serbaguna yg mak selalu guna utk goreng apa2 saja..Ini tepung nya,semalam 26hb balik sg buloh beli sebungkus utk famili kat sana.

Petang tu dlm kul 3 lebih kami pergi Tesco beli kelegkap utk bt menu yg di cadangkan,saya dgn adli ikut je..
Balik tu solat asar dulu baru siapkan apa yg ptt nak peram ke nak apa ke kan ok ni bahan2 dan cara2 utk chicken chop dengan black pepper mushroom sauce

Bahan-bahan:
-kentang goreng
-minyak utk menggoreng
-tepung serbaguna bestari (pedas)/tepung serbaguna adabi
-satu tin baked beans
-1biji bawang besar

UNTUK PERAPAN AYAM
-11 ketul dada ayam
-11 ulas bawang putih
-sos tiram

SOS BLACK PAPPER MUSHROOM
-satu tin sup cendawan campbell
-satu tin cendawan butang
-sos lada hitam

SALAD COSLOW
-kubis
-lobak merah
-mayonis sebenar lady's choice

Cara-cara:
Kita buat COSLOW dulu sbb coslow ni kena simpan dlm peti sejuk mkn sejuk2 baru sedap..Hiris halus2 kubis dan lobak merah,dlm magkuk yg besar kedua2 sayur yg dihiris halus tu dicampur dan gaulkan dengan mayonis,jgn bnyak sgt letak agak lah kan. Sambil2 tu kak aishah siapkan bahan utama iaitu ayam.

Untuk PERAPAN AYAM, kak aishah tumbuk bawang putih tak perlu lah lumat sgt sedang2 je, bersihkan ayam kemudian lumurkan sos tiram dan bawang putih yg telah di tumbuk tadi. Pastikan semua bahagian ayam kena ok!. Simpan dan sejukkan dlm peti sejuk.

Seterusnya SOS pula, bersihkan cendawan butang hiriskan. Masak setengah tin sup cendawan, lagi setengah simpan utk sarapan esok huhuhu kemudian isi air sedikit jgn bnyak sgt dan letakkan sos lada hitam agak2 lah sampai sup tu bertukar dr putih ke brown sambil di kacau..Sentiasa di kacau dan masukkan cendawan yg telah dihiris tadi,kacau dan rasa kalau agak2 dh ok,dah cukup rasa lada semua dah boleh tutup api dan ketepikan.

Tuang minyak dalam kuali utk goreng kentang. Selesai goreng kentang, goreng ayam pulak,kalau sapa2 ada dua kuali boleh la buat serentak ( ini kes nak jimat minyak ok ).Tuang seberapa banyak tepung serbaguna kedalam pinggan yang leper,letak seketul ayam diatas pinggan tepung,salut keseluruhan bahagian ayam tersebut dan masukkan kedalam kuali dgn minyak yg panas,biarkan api sederhana. Terbalik p terbalik mai agak2 dah masak boleh angkat.

Sambil2 tu hiris bawang besar(saiz sedang2) tumis bawang yg dihir tadi,dh agak2 bwang tu layu masukkan kacang merah dlm tin tu ok gaul mesra,tutup api dan angkat sedia untuk dihidang.

Okey semua dah masak..Time makan lepas solat maghrib



Ini lah hasilnya,nak dekat2 waktu hidang tu panaskan semula sos chicken chop tadi dan boleh lah deko ikut citarasa masing2.Mudahkan nak cari bahan buat chicken chop ni jadi aku dedikasikan (cewahhh) resipi ni untuk kawan baik ku Syafikah @ fie..Selamat mencuba dan menjamu selera :) Terima kasih kak aishah untuk menu mkn malam ni




Saturday, February 15, 2014

ROTI GORENG SARDIN

Sarapan pagi ni cuma bt roti goreng sardin,roti goreng sardin jeee???..tu pon nak share???..huhuhuhu tp yg ni special sbb roti yg di goreng ni xserap minyak jd tak la time makan tu mulut n tgn penuh dgn minyak kn2 dan xpyh jugak la nak guna kitchen towel utk telap minyak tu 

So ini resipi2 utk bt inti dan bancuhan tepung utk di goreng

Bahan-bahan:
Roti Gardenia
Inti sardin
-sebiji bawang besar (yg sedang) dihiris
-3 biji cili kampung di potong halus2 (3biji cukup,jgn bnyak sgt kalau pedas hilang rs keenakannya huhuhu)
-tin sardin kecik jenama apa pon terpulang
-secubit garam (tak perlu letak maggi cukup rasa/knoo pasti sedap/aji tp terpulang lah pada yg dah biasa letak tp diingatkan xberapa elok ye setiap masakan di campur dgn perasa)
Bancuhan tepung
-1cwn tepung gandum
-2 sudu besar tepung beras
-secubit garam
-sedikit serbuk kunyit 
-1biji telur
-air (semestinya huhuhuhu)

Cara-cara:
1. tumis bawang bila dh nmpk mcm garing sikit tuang srdin bersama sos dan tambah sedikit air ke dalam tin sardin,kocak2 kan dan tuangkan kedalam masakan td. Campakkan cili yg dh di potong halaus-halus tu sambil tu kacau,dan hancur2 kan sardin tu,gaul rata. Agak2 dh sebati semua dh boleh angkat letak dlm pnggan.
2. sambil tggu sardin sejuk, bt bancuhan tepung,campur semua sekali kecuali air,gaul rata. Masukkan air sikit demi sedikit sambil di kacau. bancuhan tu jgn pekat dan jgn cair sgt sedang2 sj.
3.golekkan pin penggolek ke atas roti (nak bg roti nipis,senang nak gulung nnt) yg xada benda alah tu boleh je guna gelas, dah nipis letakkan sardin di hujung roti gulugkan,sampai di gulugan yg akhir sapukan sedikit bacuhan tepung tu sbg gam susun atas pinggan
4. Minyak dah panas, celupkan satu persatu roti yg dah di gulung tadi dan letak perlahan2 ke dalam kuali.
5. Alih pi mai pi mai dan agak2 garing agkat lah dan boleh di hidangkan. Boleh di cicah dengan sos cili/sos thai ataupun makan mcm tu sj pon dah sedap.





Dalam kul 10.30pg adli bgun,nasi adli dh habis tp xsempat bt lagi, jadi lebihan bancuhan tepung tu aimi bt kan utk adli,tggl 2 keping roti je,yg tadi bt roti sardin tu dapat 11keping. Ambil 2 keping tu potong 4 dan celup kan dlm bancuhan tersebut dan goreng dlm minyak yg panas2 agak2 garing,angkat dan hidangkan. terima kasih utk tuan punya resipi, kak besah di myresipi.com (klik pada nama kak besah tu utk resepi asal). Tengok tu, senyum pon dah xnak sbb dah lapar sgt la ummi..


SeLaMat MeNjAmU SeLeRa, DaN SeLaMat BeRsArApAn jangan  tinggalkan sarapan sbb sarapan sgt2 penting ok!!!

Wednesday, February 12, 2014

BROWNIES CHOCOLATE CHIP 

Petang td sempat bt brownies hasil resepi dr kak Leen nyam2 mmg sedap penah jgk 2tahun lepas bt brownies ni tp xberapa menjadi tp resepi yg ni alhamdulillah menjadi..nak resepi sila lah ke blog kak leen hihihihi malas plak nak menaip....terima kasih ye kak Leen :)
Siapa2 yang tak berapa rajin nak buat tapi teringin nak makan atau rasa saya sedia menerima tempahan


 guna tray oven je huhuhu...boleh la asal kan menjadi kan2 nak oder?...sila kan
 yang telah di topping kan huhuhu tak payah pon xpa tp sj gatai tgn nak bt jgk...

selamat menjamu selera

Tuesday, February 11, 2014

KARI AYAM + ROTI JALA

Masak benda ni smlm tp hari ni baru dpt post huhuhu bkn apa tak sempat,adli dok merap(manja)..dok depan komputer nnt dia pon nak dok jugak,bkn dok diam tp nak pnjat2..biasa la adli susu badan lagi (huhuhu alasan) dah 1th 3bln,try bg susu botol dutch lady tp hummm minum sikit2 jaa..
Bt kari ayam utk mkn tgh hari,ptg tu adli tidur, dok belek2 acuan roti jala kat dapur,bt la senang je adunan roti jala cuma nak menjala la tak reti (hentam jela huhuhuhu)...dgn pantas dan cepat bt la sebelum adli bagun dr tidur..

2 Cawan air
2 Cawan tepung gandum
2 Biji telur
1/4 Minyak masak
secubit garam
pewarna kuning/kunyit


ok siap adunan tp time nak menjala kalau adunan tak turun tambah air sikit2...tak letak pon pewarna kuning/kunyit..



ok siap dh boleh makan..kari ayam ni saya guna rempah kari daging giling tradisional..perghhhh meletop la sekali bt dh habis,nasib baik ms dok menjala kat dapur sorang2 sempat mengap dua tiga hihihihihi