Thursday, February 27, 2014

CHICKEN CHOP dengan BLACK PEPPER MUSHROOM SAUCE - sangat2 mudah :)

Hari sabtu minggu lepas,keluarga abangku dtg tidur rumah mak ayah (sayakan stay ngn mak ayah lagi bt sementara sblm aku msuk rumah baru bulan depan)..Saya dan kak aishah(kak iparku) tgh dok masak untuk lunch,kebetulan mak ada kerja jd mak lepaskan tanggungjawab masak menu lunch kat kami berdua..Abang ditugaskan jaga adli dan nuha..Ok sambung balik,masa kami tgh masak kak aishah cadang nak bt chicken chop utk mkn malam ni (rajin kan kak ipaqku ni) alasan dia sbb dia terpandang tepung serbaguna yg mak selalu guna utk goreng apa2 saja..Ini tepung nya,semalam 26hb balik sg buloh beli sebungkus utk famili kat sana.

Petang tu dlm kul 3 lebih kami pergi Tesco beli kelegkap utk bt menu yg di cadangkan,saya dgn adli ikut je..
Balik tu solat asar dulu baru siapkan apa yg ptt nak peram ke nak apa ke kan ok ni bahan2 dan cara2 utk chicken chop dengan black pepper mushroom sauce

Bahan-bahan:
-kentang goreng
-minyak utk menggoreng
-tepung serbaguna bestari (pedas)/tepung serbaguna adabi
-satu tin baked beans
-1biji bawang besar

UNTUK PERAPAN AYAM
-11 ketul dada ayam
-11 ulas bawang putih
-sos tiram

SOS BLACK PAPPER MUSHROOM
-satu tin sup cendawan campbell
-satu tin cendawan butang
-sos lada hitam

SALAD COSLOW
-kubis
-lobak merah
-mayonis sebenar lady's choice

Cara-cara:
Kita buat COSLOW dulu sbb coslow ni kena simpan dlm peti sejuk mkn sejuk2 baru sedap..Hiris halus2 kubis dan lobak merah,dlm magkuk yg besar kedua2 sayur yg dihiris halus tu dicampur dan gaulkan dengan mayonis,jgn bnyak sgt letak agak lah kan. Sambil2 tu kak aishah siapkan bahan utama iaitu ayam.

Untuk PERAPAN AYAM, kak aishah tumbuk bawang putih tak perlu lah lumat sgt sedang2 je, bersihkan ayam kemudian lumurkan sos tiram dan bawang putih yg telah di tumbuk tadi. Pastikan semua bahagian ayam kena ok!. Simpan dan sejukkan dlm peti sejuk.

Seterusnya SOS pula, bersihkan cendawan butang hiriskan. Masak setengah tin sup cendawan, lagi setengah simpan utk sarapan esok huhuhu kemudian isi air sedikit jgn bnyak sgt dan letakkan sos lada hitam agak2 lah sampai sup tu bertukar dr putih ke brown sambil di kacau..Sentiasa di kacau dan masukkan cendawan yg telah dihiris tadi,kacau dan rasa kalau agak2 dh ok,dah cukup rasa lada semua dah boleh tutup api dan ketepikan.

Tuang minyak dalam kuali utk goreng kentang. Selesai goreng kentang, goreng ayam pulak,kalau sapa2 ada dua kuali boleh la buat serentak ( ini kes nak jimat minyak ok ).Tuang seberapa banyak tepung serbaguna kedalam pinggan yang leper,letak seketul ayam diatas pinggan tepung,salut keseluruhan bahagian ayam tersebut dan masukkan kedalam kuali dgn minyak yg panas,biarkan api sederhana. Terbalik p terbalik mai agak2 dah masak boleh angkat.

Sambil2 tu hiris bawang besar(saiz sedang2) tumis bawang yg dihir tadi,dh agak2 bwang tu layu masukkan kacang merah dlm tin tu ok gaul mesra,tutup api dan angkat sedia untuk dihidang.

Okey semua dah masak..Time makan lepas solat maghrib



Ini lah hasilnya,nak dekat2 waktu hidang tu panaskan semula sos chicken chop tadi dan boleh lah deko ikut citarasa masing2.Mudahkan nak cari bahan buat chicken chop ni jadi aku dedikasikan (cewahhh) resipi ni untuk kawan baik ku Syafikah @ fie..Selamat mencuba dan menjamu selera :) Terima kasih kak aishah untuk menu mkn malam ni




Saturday, February 15, 2014

ROTI GORENG SARDIN

Sarapan pagi ni cuma bt roti goreng sardin,roti goreng sardin jeee???..tu pon nak share???..huhuhuhu tp yg ni special sbb roti yg di goreng ni xserap minyak jd tak la time makan tu mulut n tgn penuh dgn minyak kn2 dan xpyh jugak la nak guna kitchen towel utk telap minyak tu 

So ini resipi2 utk bt inti dan bancuhan tepung utk di goreng

Bahan-bahan:
Roti Gardenia
Inti sardin
-sebiji bawang besar (yg sedang) dihiris
-3 biji cili kampung di potong halus2 (3biji cukup,jgn bnyak sgt kalau pedas hilang rs keenakannya huhuhu)
-tin sardin kecik jenama apa pon terpulang
-secubit garam (tak perlu letak maggi cukup rasa/knoo pasti sedap/aji tp terpulang lah pada yg dah biasa letak tp diingatkan xberapa elok ye setiap masakan di campur dgn perasa)
Bancuhan tepung
-1cwn tepung gandum
-2 sudu besar tepung beras
-secubit garam
-sedikit serbuk kunyit 
-1biji telur
-air (semestinya huhuhuhu)

Cara-cara:
1. tumis bawang bila dh nmpk mcm garing sikit tuang srdin bersama sos dan tambah sedikit air ke dalam tin sardin,kocak2 kan dan tuangkan kedalam masakan td. Campakkan cili yg dh di potong halaus-halus tu sambil tu kacau,dan hancur2 kan sardin tu,gaul rata. Agak2 dh sebati semua dh boleh angkat letak dlm pnggan.
2. sambil tggu sardin sejuk, bt bancuhan tepung,campur semua sekali kecuali air,gaul rata. Masukkan air sikit demi sedikit sambil di kacau. bancuhan tu jgn pekat dan jgn cair sgt sedang2 sj.
3.golekkan pin penggolek ke atas roti (nak bg roti nipis,senang nak gulung nnt) yg xada benda alah tu boleh je guna gelas, dah nipis letakkan sardin di hujung roti gulugkan,sampai di gulugan yg akhir sapukan sedikit bacuhan tepung tu sbg gam susun atas pinggan
4. Minyak dah panas, celupkan satu persatu roti yg dah di gulung tadi dan letak perlahan2 ke dalam kuali.
5. Alih pi mai pi mai dan agak2 garing agkat lah dan boleh di hidangkan. Boleh di cicah dengan sos cili/sos thai ataupun makan mcm tu sj pon dah sedap.





Dalam kul 10.30pg adli bgun,nasi adli dh habis tp xsempat bt lagi, jadi lebihan bancuhan tepung tu aimi bt kan utk adli,tggl 2 keping roti je,yg tadi bt roti sardin tu dapat 11keping. Ambil 2 keping tu potong 4 dan celup kan dlm bancuhan tersebut dan goreng dlm minyak yg panas2 agak2 garing,angkat dan hidangkan. terima kasih utk tuan punya resipi, kak besah di myresipi.com (klik pada nama kak besah tu utk resepi asal). Tengok tu, senyum pon dah xnak sbb dah lapar sgt la ummi..


SeLaMat MeNjAmU SeLeRa, DaN SeLaMat BeRsArApAn jangan  tinggalkan sarapan sbb sarapan sgt2 penting ok!!!

Wednesday, February 12, 2014

BROWNIES CHOCOLATE CHIP 

Petang td sempat bt brownies hasil resepi dr kak Leen nyam2 mmg sedap penah jgk 2tahun lepas bt brownies ni tp xberapa menjadi tp resepi yg ni alhamdulillah menjadi..nak resepi sila lah ke blog kak leen hihihihi malas plak nak menaip....terima kasih ye kak Leen :)
Siapa2 yang tak berapa rajin nak buat tapi teringin nak makan atau rasa saya sedia menerima tempahan


 guna tray oven je huhuhu...boleh la asal kan menjadi kan2 nak oder?...sila kan
 yang telah di topping kan huhuhu tak payah pon xpa tp sj gatai tgn nak bt jgk...

selamat menjamu selera

Tuesday, February 11, 2014

KARI AYAM + ROTI JALA

Masak benda ni smlm tp hari ni baru dpt post huhuhu bkn apa tak sempat,adli dok merap(manja)..dok depan komputer nnt dia pon nak dok jugak,bkn dok diam tp nak pnjat2..biasa la adli susu badan lagi (huhuhu alasan) dah 1th 3bln,try bg susu botol dutch lady tp hummm minum sikit2 jaa..
Bt kari ayam utk mkn tgh hari,ptg tu adli tidur, dok belek2 acuan roti jala kat dapur,bt la senang je adunan roti jala cuma nak menjala la tak reti (hentam jela huhuhuhu)...dgn pantas dan cepat bt la sebelum adli bagun dr tidur..

2 Cawan air
2 Cawan tepung gandum
2 Biji telur
1/4 Minyak masak
secubit garam
pewarna kuning/kunyit


ok siap adunan tp time nak menjala kalau adunan tak turun tambah air sikit2...tak letak pon pewarna kuning/kunyit..



ok siap dh boleh makan..kari ayam ni saya guna rempah kari daging giling tradisional..perghhhh meletop la sekali bt dh habis,nasib baik ms dok menjala kat dapur sorang2 sempat mengap dua tiga hihihihihi

Sunday, February 9, 2014

PIZA VERSI BUJANG - sgt mudah cuba la :)

Supper malam ni special huhuhu tp xla special sgt sbb guna roti gardenia jee...en. suami kata teringin nak mkn piza,jd teringin la jgk nak bt piza hehehehe walaupun tak sehebat pizza hut..
Bahan2 dia pon ringkas je xhebat pon,capsicum baki yg mak buat masa tempahan hiasan makanan pengantin tu ada lagi tp tak terpotong plak..utk adli letak sosej je sbb nugget tempura tu ada lada laa 

Bahan-bahan: 
  • roti gardenia
  • nugget tempura ayamas (goreng dulu,pastu potong kecik2/cincang la)
  • sosej ayamas (rebus dulu)
  • tomato puree baki mak buat nasi tomato baru ni huhuhu
  • sos pasta cendawan adabi
  • pizza topping mozzarella  
pastikan dulang disapu planta,minyak,majerin atau apa saja supaya tak melekat..

kemudian sapu tomato puree dulu baru sapu sos pasta...dan tabur nugget yg telah di cincang,susun sosej yg dah di potong bulat2 akhir sekali tabur mozzarella banyak2 dan bakar selama lebih kurang 10-15minit 180 darjah



jadi inilah hasilnya...selamat mencuba untuk yang teringin mencuba ;)